MPU21032: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK : KEPELBAGAIAN IDEA "BANGSA IDAMAN" DAN PERBAHASAN
PENSYARAH : PUAN NINIE AMIRAH BINTI DRAHIM
KUMPULAN 1
NAMA |
NO. PENDAFTARAN |
KELAS |
NIHAYATUL
ATHIRAH BINTI ABDULLAH HASSAN |
20DKM19F1066 |
DKM5C |
DAYANG
FARHANAH BINTI ABANG KAMARUDDIN |
20DKM19F1074 |
|
HARIS AFNAN
BIN SUNADI |
20DKM19F1078 |
|
MCDOUGALLAS IMANUEL
ANAK PETRUS |
20DKM19F1082 |
|
ELFIRA SEDA
ANAK KUNSIL |
20DKM19F1084 |
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
ISI KANDUNGAN
- Pengenalan
- Konsep Bangsa Idaman
- Kepelbagaian Idea Bangsa Idaman
- Cabaran Mewujudkan Bangsa Idaman
- Kupasan Mengenai Usaha Merintis Malaysia Baharu
- Bangsa Dalam Malaysia Baharu
- Merealisasikan Bangsa Malaysia
- Ekonomi Berasaskan Etnik
- Realisasi Bangsa Malaysia Rai Perbezaan Kaum
- Negara Bangsa Dalam Kemakmuran Bersama : Peranan Muda
- Berlayar Dan Berlabuh Dalam WKB 2030
- Konsep Bahasa Cita
- Serangan “Tentera Bawang”
- Pengucupan Luar Bandar
- Pemikir Daerah
- Kesimpulan
PENGENALAN
Negara bangsa dianggap sebagai negara
idaman bangsa melalui konsep bangsa dan identiti. Dari segi saintifiknya,
konsep ini membawa kepada sebuah negara yang berdaulat di mana rakyatnya hidup
bersatu padu, tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti sentimen kaum,
etnik, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dianggap boleh
menyebabkan perpecahan. Identiti, negara dan bangsa adalah tiga perkara utama
yang menjadi perbalahan dalam isu etnik. Dari segi sejarah, masyarakat Malaysia
belum lagi terbentuk sejak tahun 1957 lagi.
Latar belakang dan prospek projek
negara bangsa Malaysia memainkan peranan penting dalam memberi makna kepada apa
yang dipanggil bangsa Malaysia. Disokong oleh empat rukun agama, bahasa, budaya
dan raja, Malaysia telah memberikan imej utama identiti nasional. Keempat-empat
tiang ini menjadi unsur utama kepada kebudayaan Melayu. Bangsa merujuk pada
sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan (Mahayuddin, 1998).
Seterusnya, bangsa ialah sekumpulan manusia yang terikat dalam satu unit yang
komprehensif berdasarkan kesedaran kolektif yang dikongsi oleh kaum, budaya dan
sejarah. Negara impian sering dikaitkan dengan darah.
Walaupun terdapat pelbagai pendapat,
emosi yang membentuk sesebuah negara ialah perasaan bersatu. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa bangsa adalah sekumpulan besar manusia yang mengembangkan
keterikatan melalui rasa kekitaan bersama terhadap sesuatu bangsa.
KONSEP BANGSA IDAMAN
1. Bangsa Idaman sebelum
Merdeka
Bangsa Idaman, sebelum Merdeka adalah pergerakan
nasionalisme dimana mereka merancang untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan
dalam kerangka bangsa idamanyang diinginkan mereka sendiri, yang bermaksud
sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan sesuai dengan agenda
ekonomi, politik, sosial dan budaya masing-masing. Contohnya, di kalangan
kelompok strategik nasionalis Melayu terdapat tiga jalur bangsa idaman pertama
adalah Melayu Raya anjuran kelompok strategik kiri Melayu yang kedua adalah
negara Islam anjuran kelompok strategik berorientasi Islam dan yang terakhir
adalah masyarakat majmuk pimpinan Melayu (Malay-led plural society nation).
Kelompok strategi tiga rangkai etnik diterima kolonial. Pemerintah kolonial
memilih, menyokong dan mempromosi jalur ketiga melalui CLC 1949 (Communities
Liaison Committee 1949).
2.
Bangsa Idaman selepas Merdeka
Selepas
merdeka keinginan kolektif untuk mempunyai suatu “identiti nasional sepunya”
atau sebuah bangsa. Idea dan pendapat mengenai identity nasional sepunya ini
adalah sebuah pernyataan mengenai bangsa idaman atau lebih dikenali sebagai
wajah baru Malaysia yang mereka inginkan. Antara Bangsa Idaman utama pasca
iaitu Merdeka 1957 dimana ia adalah konsep “Malaysian Malaysia” anjuran
kelompok strategik daripada singapura awal tahun 1960 dan daripada Malaysia
akhir tahin 1990. Bangsa Idaman pegangan pemerintah, masyarakat majmuk pimpinan
Melayu (Malay-led plural society nation)
3.
Bangsa Idaman selepas Dasar Ekonomi Baru
Bangsa Idaman selepas DEB adalah
Bangsa Malaysia, Wawasan 2020 diaman bangsa Idaman anjuran Kerajaan (Mahathir)
yang dipromosi secara besar-besaran, seterusnya Gagasan 1 Malaysia Bangsa
Idaman anjuran Kerajaan dan dipromosi secara besar-besaran di seluruh negara.
Terdapat juga di Sabah iaitu Sabagh untuk Sabahan bangsa idaman anjuran
kelompok strategi internet hub di luar negeri. Terakhir adalah di Sarawak
iaitu Sarawak untuk Sarawakian bangsa idaman anjuran beberapa kelompok
strategik pribumi.
4.
Bangsa Idaman Era Malaysia Baru
Bangsa idaman Era Malaysia baru
bermula pada Mei 2018 sehingga Ogos 2019 iaitu selama 15 bulan.Berlaku
persaingan hebat diantara beberapa bangsa idaman dimana Tun Dr Mahathir
ingin mengekalkan bangsa idaman “masyarakat majmuk pimpinan melayu”
sebagai payung untuk Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia. Manakala PPBM, UMNO dan
PAS masih ingin mengekalkan bangsa idaman ini walaupun terdapat antara ahli dua
kelompok parti berbeza pendapat. Disini juga terdapat kehadiran DAP sebagai
komponen strategik utama dakan kerajaan terdapat unsur-unsur konsep Bangsa
Idaman Malaysian Malaysia direalisasikan.
KEPELBAGAIAN IDEA BANGSA IDAMAN
Pada tahun 1996, melalui konsep nation of intent, Shamsul AB
berpendirian bahawa sebuah negara bangsa adalah project work in progress dan
sentiasa berlaku contestation bangsa dalam negara itu hingga yang wujud adalah
negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia. Di Malaysia,
pembentukan bangsa terjadi dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas merdeka.
Antaranya adalah konsep Melayu Raya yang digagaskan oleh pergerakan Kiri
Melayu, konsep Negara Islam yang diperkenalkan oleh kelompok Islam dan konsep
masyarakat majmuk yang dipimpin oleh orang Melayu. Namun demikian, hanya konsep
terakhir iaitu “Malay-led plural society” diterima oleh pihak British pada
ketika itu.Hal ini dinatijahkan dengan terbentuknya CLC 1949 (Communities
Liaison Committee 1949) yang diterima pakai sehingga kemerdekaan.
Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, wujud keinginan untuk
melahirkan satu konsep kenegaraan yang kolektif atau identity nasional sepunya.
Impian ini antaranya telah melahirkan konsep Malaysian Malaysia yang popular
Ketika tahun 1960 yang diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew Ketika Singapura berada
dalam persekutuan Tanah Melayu dan akhir 1990 pada era pemerintahan Mahathir
Mohamed. Pembangunan bangsa selepas merdeka turut melahirkan konsep-konsep lain
seperti Wawasan 2020 dan Gagasan 1 Malaysia.
Selain daripada itu, di borneo wujud konsep seperti Sabah for Sabahan
dan Sarawak for Sarawakian. Walau bagaimanapun menurut Samsul, konsep-konsep
yang wujud di Borneo ini dicetuskan oleh kelompok strategi internet dengan
bantuan social media dan tidaklah popular dalam konteks yang lebih umum.
Shamsul menegaskan bahawa, pembangunan bangsa pasca PRU14 tidak banyak
mengalami perubahan. Kepimpinan Mahathir mengekalkan konsep “Malay-led plural
society”. Dalam konteks hari ini, konsep bangsa idaman inilah yang diangkat
oleh parti politik seperti Bersatu, UMNO dan Pas.
Menurut beliau dalam aspek hubungan kemasyarakatan di dalam konteks Malaysia Baharu ini,penekanan banyak diberikan kepada hubungan antara kaum atau “inter-ethnic” tetapi meminggirkan peri penting hubungan dalam kaum atau “intra-ethnic”. Kepelbagaian dan perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini adalah sesuatu yang perlu diraikan. Namun menurut Shamsul, kita sering melihat perbezaan-perbezaan ini dalam keadaan yang negative, bukannya positif. Perbezaan menjadi sesuatu yang perlu dilawan bukannya disyukuri.
CABARAN
MEWUJUDKAN BANGSA IDAMAN
Pelbagai cabaran dan kekangan yang dihadapi dalam membentuk sebuah
bangsa idaman seperti pluralisme, liberalisme dan kepelbagaian budaya. Pertama
iaitu pluralisme iaitu sifat kepelbagaian yang terbentuk daripada proses
kepelbagaian penduduk dan biasanya terbina daripada hasil perjajahan pada zaman
dahulu. Dasar ini memenuhi konsep kolonialisme bagi menghalang penyatuan
masyarakat pada masa itu. Hal ini menyebabkan wujudnya masalah dalaman yang
rumit kepada negara yang dijajah apabila dimerdekakan. Ini secara keseluruhan
menjadi ancaman kepada pembinaan bangsa idaman.
Seterunya adalah liberalisme iaitu bermaksud kesederhanaan atau
keterbukaan. Dimana keterbukaan tanpa had dan memanipulasi keadaan sedemikian
akan menjerumuskan kepada penipuan dan menimbulkan pekara-pekara yang akan
menggugat kemakmuran dan menyebabkan perkembangan negara akan terjejas. Oleh
hal itu, masyarakat perlu mempersiapkan mental dan fizikal mereka daripada keadaan
yang diluar jangkaan supaya sikap liberalisme dapat dielakkan serta mengukuhkan
semangat patriotisme diri mereka demi kepentingan bangsa dan negara.
Selain daripada itu, kepelbagaian budaya juga menjadi cabaran untuk
mewujudkan bangsa idaman. Kepelbagaian budaya adalah pembentukan masyarakat
majmuk didalam proses perkembangan sesebuah negara yang mewujudkan dilema baru
kepada penduduk di negara ini. Menurut Ibn Khladun dimana tentang teori
jiwa hamba yang dimiliki oleh bangsa yang pernah dijajah yang akan menganggap
kuasa bekas penjajah mereka sebagai suatu bangsa yang maju dan agung dan patut
ditiru oleh suatu bangsa yang maju dan agung.Oleh itu,nilai budaya Malaysia
hendaklah menjadi asas kepada kemajuan bangsa dan negara. Dalam sebuah bangsa
rakyat bebas berkongsi lambing, identiti, kebudayaan, nilai dan semangat yang
menjadi asas dan matlamat sesebuah pembinaan bangsa idaman.
Kesimpulannya, setiap masyarakat hendaklah memainkan peranan yang
penting dalam mewujudkan bangsa idaman yang menepati matlamat dan menjadikan
perpaduan negara yang stabil. Masyarakat hendaklah memupukkan nilai-nilai yang
baik dalam diri mereka begitu juga golongan pemimpin negara hendaklah
menunjukkan contoh yang baik dan mejalankan tugas dengan amanah dan taat agar
perpaduan dan kemajuan negara dapat dicapai dengan mudah.
KUPASAN
MENGENAI USAHA MERINTIS MALAYSIA BAHARU
Konsep “Bangsa Idaman” bukan suatu konsep baharu. Sejak tahun 1966 lagi,
Robert Rotberg, seorang sarjana Amerika memperkenalkan konsep nations-of-intent
ketika mengkaji nasionalisme orang Afrika. Malah di Malaysia, konsep yang sama
juga digunakan oleh Rustam A. Sani pada tahun 1957 dalam mengkaji asal muasal
gerakan Kiri Melayu. Shamsul sendiri menggunakan konsep bangsa idaman buat
kedua kalinya di Malaysia pada tahun pada tahun 1996. Namun pada hemat beliau,
Malaysia bukan sahaja masih mencari-cari ‘bangsa idaman’ yang ideal, malah
perpaduan yang jelas masih menjadi suatu impian.
Pandangan terhadap konsep negara yang bercirikan wilayah dan bangsa
adalah terhad. Dalam satu-satu wilayah, sempadan atau boundary tertentu,
terdapat pelbagai perbezaan identiti, ciri-ciri budaya, dan juga citarasa.
Menurut Shamsul, identiti berkumpulan atau ‘collective identity’ adalah
bersesuaian dengan suasana kemajmukan masyarakat Malaysia. Selepas kejatuhan
penjajah, wujud tiga keadaan di Asia Tenggara. Pertama, konsep satu negara
bangsa dalam satu entiti seperti di Brunei. Kedua, negara tanpa bangsa seperti
BangsaMoro. Ketiga, adanya entiti bangsa dan entiti negara seperti di Malaysia,
Indonesia dan Singapura.
Di Malaysia, pembentukan bangsa terjadi dalam dua fasa iaitu sebelum dan
selepas merdeka. Antaranya adalah konsep Melayu Raya yang digagaskan oleh
pergerakan Kiri Melayu, konsep Negara Islam yang diperkenalkan oleh kelompok Islam,
dan konsep masyarakat majmuk yang dipimpin oleh orang Melayu. Namun demikian,
hanya konsep terakhir iaitu “Malay-led plural society” diterima oleh pihak
British pada ketika itu. Hal ini dinatijahkan dengan terbentuknya CLC 1949
(Communities Liaison Committee 1949) yang diterima pakai sehingga kemerdekaan.
Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, wujud keinginan untuk
melahirkan satu konsep kenegaraan yang kolektif atauidentiti nasional sepunya.
Impian ini antaranya telah melahirkan konsep Malaysian Malaysia yang popular
ketika tahun 1960 (diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew ketika Singapura berada
dalam persekutuan Tanah Melayu) dan akhir 1990 (pada era pemerintahan Mahathir
Mohamad).
Selain daripada itu, pembangunan bangsa selepas merdeka turut melahirkan
konsep-konsep lain seperti Wawasan 2020 dan Gagasan 1 Malaysia. Malah di
Borneo, wujud konsep seperti Sabah for Sabahan, dan Sarawak for Sarawakian.
Walau bagaimanapun menurut Shamsul, konsep-konsep yang wujud di Borneo ini
dicetuskan oleh kelompok strategi internet dengan bantuan sosial media dan
tidaklah popular dalam konteks yang lebih umum.
BANGSA
DALAM MALAYSIA BAHARU
Shamsul menegaskan bahawa, pembangunan bangsa pasca PRU14 tidak banyak
mengalami perubahan. Kepimpinan Mahathir mengekalkan konsep “Malay-led plural
society”. Dalam konteks hari ini, konsep bangsa idaman inilah yang diangkat
oleh parti-parti politik seperti Bersatu, UMNO, dan PAS.
Menurut beliau, dalam aspek hubungan kemasyarakatan di dalam konteks
Malaysia Baharu ini, penekanan banyak diberikan kepada hubungan antara kaum
atau “inter-ethnic” tetapi meminggirkan peri penting hubungan dalam kaum atau
“intra-ethnic”. Kepelbagaian dan perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini
adalah sesuatu yang perlu diraikan. Namun, menurut Shamsul, kita sering melihat
perbezaan-perbezaan ini dalam dikotomi yang negatif, bukannya positif.
Perbezaan menjadi sesuatu yang perlu dilawan, bukannya disyukuri.
Bagi Zairil Khir Johari, politik era Malaysia Baharu masih lagi
dibelenggu oleh konflik politik identiti yang dimanifestasikan antaranya dalam
isu ICERD, hudud, negara Islam dan yang terbaharu, isu tulisan jawi. Tambahan
lagi, isu-isu ini digerakkan dengan emosi dan jauh daripada logik.
Dalam artikel yang bertajuk “The Great Malaysian Dichotomy”, beliau
memetik bahawa terdapat dua naratif besar yang dipegang oleh masyarakat
Malaysia secara umum. Kelompok pertama ialah masyarakat yang mempercayai
pembangunan Malaysia dibina atas teras kebudayaan Melayu yang dominan. Dalam
kepercayaan ini, identiti etnik lain tidak dilihat begitu penting dan mereka
harus mengakui akan ketuanan Melayu dalam masyarakat Malaysia. Mereka ini juga
mempercayai perlembagaan Malaysia tetapi berpaksikan kedudukan Melayu dan Islam
yang dominan.
Kelompok kedua pula berpegang kepada idea Malaysian Malaysia. Mereka
beranggapan bahawa kemerdekaan pada tahun 1957 merupakan satu ‘reset button’
dimana semua identiti adalah setara dan menafikan kebudayaan dan sejarah
terdahulu. Seperti juga kelompok yang pertama, mereka juga mempercayai
perlembagaan Malaysia yang sama namun beliau mentafsirkan bahawa perlembagaan
itu bersifat sekular dan tidak memihak kepada mana-mana kaum atau etnik.
Menurut Zairil, kita masih lagi terperangkap dalam kerangka kolonial
dalam membentuk sebuah masyarakat Malaysia. Hal ini hanya berlaku di Malaysia.
Sub-etnik Jawa di Malaysia misalnya bangga mengklasifikasikan diri mereka
sebagai Melayu, tetapi jika dilihat rantau Nusantara orang Jawa tidak
mengidentitikan diri mereka sebagai Melayu.
Persoalan yang dibangkitkannya adalah tentang cara yang boleh dimanfaatkan untuk membentuk identiti bersama. Menurutnya, jalan penyelesaian tidak hanya dalam bentuk praktis sahaja malah boleh menjadi normatif. Gagasan Bangsa Idaman seharusnya menjadi titik pertemuan antara golongan tradisional yang jumud serta golongan sekular yang menganggap detik kemerdekaan sebagai ‘reset button’ dimana semua etnik mempunyai hak yang sama. Walau bagaimanapun, hal ini mestilah bernuansakan sejarah yang berlaku termasuklah reformasi yang terjadi dua puluh tahun dahulu dan juga Malaysia Baharu yang baru sahaja dikecapi.
MEREALISASIKAN
BANGSA MALAYSIA
Pembinaan bangsa adalah usaha bersama seluruh rakyat bagi meletakkan bangsa dan
negaranya setaraf dengan bangsa dan negara lain.
Kunci dalam mengurus pembentukan negara bangsa adalah penentuan kedudukan
indigeniti atau anak watan sebagai alat mengikat ahli penduduk di negara itu
yang mesti diterima dan diperakui. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai
penduduk pelbagai kaum. Usaha untuk menyatupadukan kaum melalui proses
pembinaan bangsa perlu dilaksanakan. Proses itu bertujuan menyedarkan warganya
mengenai harga diri bangsa yang merdeka dan berdaulat serta mampu membangunkan
sebuah negara yang maju.
Oleh itu, pembinaan bangsa adalah
usaha bersama seluruh rakyat bagi meletakkan bangsa dan negaranya setaraf
dengan bangsa dan negara lain. Namun, Malaysia tidak perlu meniru negara lain,
sebaliknya menjadi sebuah negara membangun dalam acuannya sendiri.
Malaysia tidak boleh dibangunkan hanya dalam aspek ekonomi semata-mata. Ia
mesti dan seharusnya menjadi sebuah negara yang membangun sepenuhnya sepanjang
semua dimensi dari sudut ekonomi, politik, kerohanian, psikologi dan budaya.
Kita mesti membangun sepenuhnya dari sudut perpaduan dan solidariti nasional
dan kesinambungan sosial, dari aspek ekonomi kita, keadilan sosial, kestabilan
politik, sistem dan kerajaan, kualiti hidup, nilai sosial dan kerohanian, juga
pemupukan rasa bangga, jati diri, patriotisme dan yakin akan negara tercinta
ini.
Di singkap tabir sejarah warisan pengalaman silam, sejarah pra-kolonial
menunjukkan Malaysia adalah sebahagian gugusan kepulauan alam Melayu terdiri
dari beberapa negeri dari timur di Filipina ke selatan di Pulau Jawa, di barat
Pulau Sumatera dan utara Pattani.Setiap negeri ini diperintah oleh Raja.
Kegiatan ekonomi utama adalah bertani, nelayan dan berdagang dengan peniaga
Arab, India dan Cina.
Hasil pembangunan dan perdagangan setempat ini menjadikan, ada dalam kalangan
negeri ini, berkembang hingga menjadi empayar seperti Majapahit, Melaka dan
Pattani. Kedatangan pihak penjajah dari Barat seperti Portugis, Belanda dan
Inggeris merancakkan lagi eksploitasi sumber alam dan produk setempat seperti
rempah ratus, timah dan pelbagai lagi.
Pembahagian kepulauan kawasan Alam Melayu mengikut kepentingan penjajah
mempercepatkan lagi pembangunan di Malaysia, terutama bijih timah, penanaman getah
secara ladang dan pembinaan prasarana seperti kereta api dan jalan raya.
Penggunaan tenaga kerja buruh asing dari China dibawa masuk tanpa diurus,
manakala dari India diurus oleh penjajah Inggeris. Ini bukan sahaja melahirkan
masyarakat majmuk di mana pekerjaan dan wilayah terbahagi mengikut etnik,
tetapi juga jurang sosioekonomi yang meluas di antara mereka.
EKONOMI BERASASKAN ETNIK
Sistem ekonomi laissez faire yang membentuk struktur etnik dan pemilikan
ekuiti korporat yang membezakan kumpulan etnik mengikut kegiatan ekonomi dan
wilayah ini terus memperkukuhkan lagi pemilikan ekonomi oleh pemilik asing
hingga ke dekad 1970-an walaupun negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Namun, konflik etnik 13 Mei 1969 meyakinkan pembangunan tanpa mengurus
ketidaksamarataan, kemunduran, kemiskinan, dan kepeminggiran mengikut etnik dan
wilayah akan menggugat kestabilan politik dan pembangunan negara. Pelaksanaan
Dasar Ekonomi Baru dari 1970 hingga 1990 mengubah struktur masyarakat mengikut
etnik dan ekonomi di atas pada alaf baharu ini, di mana kelas menengah terdiri
daripada pelbagai etnik terbina, jurang sosioekonomi dikurangkan.
Malaysia terus alami proses pembangunan mapan, hingga transformasi masyarakat
ke arah taraf hidup tinggi dan moden tersebar ke setiap pelusuk negara. Pada
alaf baharu ini, pola perhubungan etnik di Malaysia dalam kalangan etnik
Melayu, Kadazan, Dusun, Iban, Bidayuh, Melanau, Murut, Cina, India, Siam,
Portugis dan lain-lain sudah berubah dan faktor etnik tidak semestinya menjadi
pemisah di antara individu pelbagai bahasa, budaya, agama dan etnik.
Simbol identiti Melayu dalam Perlembagaan dicerminkan dalam peruntukan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Perkara 152), hak-hak istimewa Melayu
(Perkara 153), Raja sebagai Ketua Negara (Perkara 32) dan Islam sebagai agama
rasmi. (perkara 3). Kenyataannya, inilah tiga rukun keMelayuan yang membentuk
landasan nasionalisme (bahasa, agama Islam dan yang dipersetujui sebelum
kemerdekaan Raja).
Agak keterlaluan untuk membayangkan ketiga-tiga peruntukan penting itu terpaksa
disorot semula, apatah lagi dikeluarkan dari Perlembagaan Persekutuan pada masa
hadapan. Peruntukan ini menandakan kontrak sosial yang tidak bertulis tetapi
begitu murni, sebagai pertukaran dengan hak kerakyatan untuk bukan Melayu
sebelum kemerdekaan tercapai. Sesungguhnya kita tidak pastisama ada
kecenderungan ini boleh memperteguhkan nasionalisme Melayu dan kepelbagaian
budaya dan dengan itu menjadi asas pembinaan bangsa Malaysia yang kita
sama-sama idamkan.
REALISASI
BANGSA MALAYSIA RAI PERBEZAAN KAUM
TARIKH 31
Ogos 1957 sentiasa terpahat dalam ingatan rakyat Malaysia. Tanah Melayu
dibebaskan daripada cengkaman kolonial British selepas dijajah hampir 500 tahun
dengan beberapa siri kedatangan penjajah bermula Portugis, Belanda, British dan
kependudukan Jepun sebelum kembali kepada British.
Justeru, proses kemerdekaan Tanah Melayu perlu dikenang. Semangat
penentangan penjajahan dibangkitkan pejuang seperti Datuk Bahaman, Datuk
Maharajalela, Mat Kilau, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Dol Said dan Mat
Salleh wajar diamati.
Warisan ini berlangsung dengan perjuangan di Tanah Melayu apabila
wujudnya UMNO bersama-sama kumpulan nasionalisme lain untuk menuntut
kemerdekaan daripada British selepas kekalahan Jepun. UMNO dilihat begitu dekat
dengan orang Melayu khususnya sewaktu kewujudan Malayan Union.
Mungkin pendekatan UMNO ketika itu agak lunak dan selari dengan
keinginan orang Melayu. Justeru, UMNO berjaya memimpin rakyat mencapai
kemerdekaan melalui rundingan dengan kolonial British.
Lima tahun selepas merdeka, cadangan penubuhan Malaysia diusulkan dengan
kemasukan Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei bergabung dengan Tanah Melayu.
Namun, atas beberapa faktor Brunei tidak bersetuju.
Tarikh 16 September 1963, Persekutuan Tanah Melayu dibentuk secara rasmi
setelah melalui fasa, konfrontasi Indonesia dan Filipina yang menuntut
kepulauan Borneo atas faktor geopolitik dan pensejarahan.
Lahirlah Malaysia sebagai negara merdeka dan berdaulat di mata dunia.
Pascakemerdekaan dan pembentukan Malaysia turut menitipkan beberapa peristiwa
penting negara seperti ancaman gerakan komunisme, rusuhan kaum 13 Mei 1969 dan
pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang signifikan dengan pembangunan hari
ini.
Apa yang ada kini ialah cetusan gagasan dan visi masa depan cita-cita
kebangsaan diperkenalkan pemimpin terdahulu sebagai memenuhi aspirasi dituntut
rakyat.
Cita-cita kebangsaan ini diberikan penekanan dengan beberapa perkara
ditumpukan meliputi soal integrasi nasional membawa kepada pelaksanaan Rukun
Negara dan memperkenalkan Wawasan 2020 sebagai usaha membawa Malaysia melangkah
ke hadapan mendepani cabaran gelombang mega yang semakin melingkari masyarakat
global.
Ini termasuk pembentukan negara bangsa, melahirkan masyarakat Malaysia
bebas yang kukuh dari segi moral, bersifat demokratik, progresif, adil, matang
dan makmur serta dinamis. Elemen ini diwujudkan sebagai usaha melahirkan
'Bangsa Malaysia' yang menjadi nadi kelangsungan masa depan negara.
Tahun ini, genap 62 tahun kita mencapai kemerdekaan. Walaupun Wawasan
2020 sebenarnya bukan sebuah dasar rasmi negara, namun ia dilihat sebagai
pendekatan komprehensif dan menyeluruh merangkumi soal ekonomi, politik,
psikologi dan sosial.
Sungguhpun cita-cita kebangsaan murni ini menekankan soal pendekatan
komprehensif, ia masih tidak dapat mengelak berhadapan fenomena yang sentiasa
wujud bagi negara bekas jajahan yakni fenomena 'watak tertawan.'
Sejak 1970-an, fenomena ini dikenal pasti Allahyarham Dr Syed Hussein
al-Attas sebagai sesuatu yang ditinggalkan penjajah dalam usaha mengekalkan
penguasaan epistemologi dalam negara bekas jajahan mereka. Fenomena ini masih
berterusan wujud meskipun sudah lama kita merdeka.
Penerapan elemen mitos dalam mengekang kemaraan perkembangan wacana
kearifan tempatan menjadi agenda utama kolonial British ketika dijajah masih
lagi berbekas dalam masyarakat moden Malaysia.
Kita tidak menafikan sumbangan besar pemikir kolonial dalam menyumbang
kepada pembangunan, namun dengan wujudnya kumpulan watak tertawan ini, aktiviti
penafsiran sejarah bersifat tiada penilaian kritis menyukarkan proses
merealisasikan cita-cita kebangsaan di Malaysia.
Kita tidak boleh menyalahkan legasi kolonial semata-mata, bahkan sifat
rakyat yang masih mempunyai sisi kekaguman pada warisan kolonial antara punca
merencatkan proses ini. Mungkin kerana kita masih ingin bergantung kepada
korpus kolonial khususnya dari Barat mencetuskan fenomena ini.
Walaupun Wawasan 2020 diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat
seakan tidak tercapai, cita-cita ini murni yang kemudian diteruskan dengan
pelaksanaan program 1Malaysia sebagai slogan keharmonian kaum oleh Datuk Seri
Najib Razak.
Begitu juga Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) yang menumpukan soal
pembangunan keterangkuman antara semua kaum diperkenalkan ketika pemerintahan
kerajaan Pakatan Harapan (PH). Kini turut menjadi agenda utama pemerintahan di
bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 yang semakin
meningkat populariti selepas kemampuan kerajaan Perikatan Nasional (PN)
mengurus dan mengawal gelombang COVID-19.
Dalam memenuhi cita-cita kebangsaan, perkara paling asasi harus kita
hadapi ialah cabaran melahirkan 'Bangsa Malaysia' bersatu padu dan mempunyai
keperibadian tersendiri.Ini cabaran utama yang masih lagi gagal direalisasikan.
Isu perkauman masih hangat dibicarakan dan dijadikan tumpuan utama di ruang
awam, sekali gus menyukarkan untuk memastikan kelangsungan kaum di negara ini.
Bagaimanapun, soal perkauman ini masih dalam ruang 'ketegangan stabil'
menjadikan usaha merealisasikan cita-cita kebangsaan yang digubal lama masih
mampu dijayakan.Walaupun Malaysia melalui beberapa fasa pertukaran rejim, ia
masih kekal sebagai cita-cita kebangsaan bagi masyarakat Malaysia mendepani
cabaran pada peringkat global dan tempatan dan asas didirikan pembentukan
'Nasionalisme Malaysia' yang hasilnya melahirkan bangsa yang paksinya atas inti
masyarakat majmuk.
Sekiranya kita berjaya merencanakan faham 'bangsa idaman' ini, nescaya
ia akan menjadi kayu ukur komprehensif bagi negara lain yang latar masyarakatnya
bersifat majmuk juga.Seruan pemerintah perlu disambut dengan baik seandainya
membabitkan kelangsungan negara kita pada masa depan. Ditambah keadaan
masyarakat yang berhadapan perkembangan pandemik global yang merencatkan banyak
aktiviti khususnya ekonomi.
Dalam melawan pandemik ini, jika kita memahami visi masa depan cita-cita
kebangsaan dibentuk sebelum ini, kita mampu menukarkan musibah menjadi muhibah.
Untungnya, kita mampu melahirkan 'Bangsa Malaysia' sebagai bangsa idaman.
Kata tokoh sosiologi politik Malaysia, Allahyarham Dr Rustam Sani
yang begitu mengidamkan kejayaan merealisasikan konsep itu: "Bangsa
Malaysia bukanlah sesuatu yang cuba menghilangkan identiti etnik, bahkan ia
adalah satu cara meraikan perbezaan dan menghargai persamaan kaum di Malaysia.
NEGARA
BANGSA DALAM KEMAKMURAN BERSAMA : PERANAN PEMUDA
Kesepaduan
nasional termasuk dalam perkara kedaulatan dan keselamatan negara. Warganegara
yang hidup aman, tenteram dalam sebuah negara berdaulat adalah aset kukuh yang
boleh membawa negara terbang jauh.Demi pentingnya perkara ini, sistem
pendidikan negara-negara moden kebanyakannya diarahkan untuk melahirkan produk
warganegara yang baik.Warga diindoktrinasikan untuk berfikir dan bertindak
menurut fahaman sebuah negara.
Di Malaysia, Rukun Negara telah dijadikan ideologi rentas biologi dan
nilai sebagai titik persamaan, menjadi tempat tegak pelbagai warga menukikkan
pandangan. Hasratnya satu, perpaduan nasional berhasil dijelmakan. Tidak hanya
institusi pendidikan, malahan dasar-dasar utama negara daripada Rangka
Rancangan Jangka Panjang I, II dan yang terbaru Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB)
2030 justeru memasukkan hasrat ini.
Peristiwa hitam 13 Mei 1969 menjadi tamparan berguna kepada negara.
Parlimen digantung, Mageran mengambil alih pentadbiran negara. Siasatan
mendapati kecurigaan kaum sehingga membawa sengketa dan pertumpahan darah bertolak
daripada ketidakseimbangan ekonomi.
Justeru, setiap dasar negara digubal untuk memastikan pengagihan ekonomi
dapat diserakkan secara adil dan objektif.Ia bagi memastikan bumiputera sebagai
kaum dominan di tanah air secara demografik tetapi paling minoriti daripada
sudut ekonomi dapat dibela sementara memastikan pengagihan saksama terhadap
kaum-kaum lain tidak dikompromi.Pendekatannya – menghanguskan prejudis, curiga
dan rasa tidak sama rata.Pengenalan ekonomi menurut kaum yang diwarisi daripada
penjajah mendesak dihapuskan.Masyarakat maju memacu ekonomi tanpa pengenalan
warna dan identiti ras. Tumpuan mengangkat harakat kaum tertinggal ke tempat
yang layak menjadi perhatian.
Awal tahun 1990- an bermula satu frasa baharu diarusperdanakan bagi
mewarnai lagi debat perpaduan nasional yang berat temanya ini - negara bangsa.
Gagasan ini menjadi perbahasan meluas apabila perdana menteri ketika itu pada
tahun 1991 mengemukakan isu pembinaan negara bangsa dalam sebuah program
nasional. Khalayak akademik mengambil bahagian memberikan ajuan mereka terhadap
gagasan ini.
BERLAYAR
DAN BERLABUH DALAM WKB 2030
Perdebatan terbuka belum memberikan rumusan cukup kepada pemegang taruh
kerajaan yang bertanggungjawab untuk memuktamadkan kesimpulan.Sebaliknya, terma
negara bangsa terus belayar dalam ruang wacana universiti, NGO, budayawan,
intelektual rakyat sehingga berlabuh juga dalam dokumen utama negara - WKB 2030
Komitmen kerajaan untuk merealisasikan tema negara bangsa ini menampakkan
isyarat keseriusan dalam gagasan ini.
"Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah iltizam untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring
dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat
kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan. “Iltizam ini akan
diteruskan ke arah mengukuhkan kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran
negara serta memastikan rakyat bersatu padu tanpa prasangka dengan meraikan
kepelbagaian bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa."
Secara teknikal elemen pembinaan negara bangsa untuk pertama kalinya tersurat
dalam dokumen semasa utama negara. Tidak lain dapat ditafsirkan bahawa
keutamaannya telah mendapat layanan hak waktu perdana (prime time) ketika
ini.Sebelumnya, dasar-dasar pembangunan nasional seperti Dasar Ekonomi Baru
(DEB) sehingga kepada Transformasi Nasional 2050 memang teguh dengan hasrat
perpaduan nasional ini. Cuma, penzahirannya tertuang secara ekspilisit.
Namun, untuk pertama kalinya frasa ‘negara bangsa’ secara khusus
disuratkan dalam dokumen mega negara dalam WKB 2030.Ia penting kerana banyak
tindakan akomodatif akan mengisi hampir keseluruhan tindakan-tindakan kerajaan
sepanjang tahun pelaksanaan. Soal negara bangsa bukanlah baru. Ia produk
modenisme yang sentiasa terus berkembang terus menerus menurut faham
pembangunan tajaan Barat.Penjenamaan negara bangsa sebagai produk nasionalisme
telah lama muncul dan menyusup masuk dalam perbendaharaan kita.
KONSEP BAHASA CITA
Karangan Prof Emeritus Dr Abdul Rahman Embong menemui perbincangan
tuntas konsep bangsa cita (nation of intent) berdasarkan pengalaman
sosiologikal Malaysia yang menjadi idaman para negarawan. Gagasan “Bangsa
Malaysia” iaitu anggota semua kaum harus mempunyai perasaan sebangsa, berkongsi
wilayah, ekonomi, budaya dan nasib masa depan bersama menimbulkan polemik yang
masih tidak berhujung. Apakah takrif ‘bangsa’ (race) itu tepat daripada sudut
biologikal? Dalam Bahasa Melayu, bangsa merujuk kepada suatu kelompok yang
berkongsi ciri fizikal, ras dan keturunan. Ia juga boleh merujuk sesuatu kaum.
Apakah yang menjadi pentakrif kepada bangsa Malaysia yang dicitakan itu?Jika
mengambil kira semangat perlembagaan dan kontrak sosial, bangsa Melayu adalah
jawapannya. Bersediakah kaum-kaum lain melebur masuk menyertai pembinaan bangsa
itu?
Justeru demikian rumitnya persoalan ini beberapa sarjana memajukan
konsep nasion yang bermaksud suatu komuniti politik yang terdiri daripada
bangsa-bangsa yang menghuni wilayah politik tertentu sebagai jawapan.Penulis
bersetuju dengan konsep nasion ini untuk memandu perbincangan secara rasional
terhadap isu negara bangsa dan perpaduan kaum di Malaysia yang sering disebut
oleh Prof Ulung Dr Shamsul Amri Baharuddin sebagai stabil-tegang
(stable-tension). Apa pun reaksinya, sehingga kini gagasan negara bangsa masih
menjadi cita-cita idaman. Keunikan Malaysia terletak pada keragaman komposisi
etnik yang membentuk pengalaman sosiopolitiknya.Walaupun tidak terbentuk
sebagai bangsa yang satu, tetapi nasion ini tetap menjunjung tinggi semangat
cintakan tanah air yang tinggi.
Indeks Keamanan Global 2019 memberi petunjuk tentang betapa mahalnya
negara ini. Berada pada kedudukan ke-16 negara paling aman di dunia dan ketiga
di Asia, Malaysia dengan penduduk berbilang bangsa yang mewakili blok
kebudayaan besar meletakkan kedudukannya dalam kelas tersendiri. Sebagai sampel
kes keadaan rukun damai masih dapat dijelmakan.
SERANGAN
TENTERA BAWANG
Semangat kesetiaan kepada negara tidak dikompromi. Contohnya, “tentera
bawang” Malaysia secara berjemaah melakukan serangan terang-terangan terhadap
ahli politik daripada Taiwan yang memberikan kenyataan salah terhadap Malaysia
berhubung pengurusan Covid-19. Mereka merasa tanggungjawab nasional sebagai
warganegara untuk meluruskan salah faham dan persepsi serong orang luar
walaupun sedarah secara biologi dengan mereka. Selagi tonggak-tonggak rukun
negara dipegang, perpaduan nasion ini akan dapat terus dipertahankan.WKB2030
secara zahir menyebutkan pembinaan negara bangsa sebagai matlamat akhirnya (end
product).
Di sini kita bentangkan beberapa peranan anak muda sebagai advokator
bagi merealisasikan hasrat ini. Melalui pertubuhan belia, anak muda boleh
menjadi penggerak teras strategik ketiga (modal insan), kelima (kesejahteraan
sosial) dan ketujuh (modal sosial).Peranan persatuan belia sebagai mewakili
kelompok penengah dalam strata sosial yang menghimpunkan kekuatan tenaga dan
idea patut digembleng. Sebagai contoh di bawah Majlis Belia Malaysia terdapat
104 pertubuhan belia daerah yang aktif di seluruh Malaysia.Organisasi ini telah
berakar puluhan tahun mencipta jasa.Tugas mereka boleh diluaskan lagi sebagai
duta-duta kecil untuk menyampaikan hasrat WKB2030 ini kepada kelompok
massa.Anggota persatuan belia boleh menjadi mediator dalam ehwal keharmonian
antara agama, menjadi ‘mata-mata’ terhadap jenayah, meningkatkan keselamatan
kejiranan dan beberapa indeks lain yang disenaraikan dalam teras strategik di
atas.
Selain itu, tenaga muda belia di negara ini boleh menggantikan guna
tenaga buruh asing yang berleluasa khususnya dalam sektor 3D. Perbincangan
peserta siri pertama Pemacu Bootcamp anjuran Institut Masa tentang mengapa
pekerjaan pengawal keselamatan tidak mendapat perhatian orang muda telah
menarik perhatian. Keperluan mewujudkan laluan kerjaya, tawaran gaji yang
kompetitif, penampilan kemas dan ‘cool’ dapat dipertimbangkan untuk menarik
anak muda masuk dalam sektor kurang popular seperti ini.
PENGUCUPAN
LUAR BANDAR
Pada akhirnya, pengurangan pergantungan terhadap buruh asing
berimplikasi juga mengurangnya jenayah yang melibatkan warga asing yang
didorong faktor tekanan emosi dan sosial. Penguncupan luar bandar dan
pembesaran kawasan bandar menjadi metropolitan hanya akan mendatangkan masalah
baru.Kesenjangan ekonomi juga tingkat pendedahan teknologi moden antara
komuniti bandar besar dan luar bandar akan menjejaskan emosi dan yakin diri.
Belia dapat berperanan sebagai penjambatan. Kecelikan terhadap teknologi
digital, industri 4.0 akan membuka lebih ruang kepada komuniti luar bandar
berinteraksi masuk ke dalam pasaran dan persaingan ekonomi bandar.Kemunculan
ekonomi lejang dan permintaan transaksi atas talian tidak mensyaratkan
topografi fizikal sebagai alasan.
Di luar bandar sekalipun para pekerja ekonomi lejang boleh membina
karier dan memperoleh pendapatan lumayan.Ia akan meningkatkan cairan tunai,
kuasa beli sekaligus meningkatkan ekonomi.Nantinya akan mendorong usaha
keterangkuman wilayah dituntut secara lunak.Keinginan warga kota untuk pulang
ke kampung memakmur ekonomi secara atas talian memberi isyarat tidak
langsung kepada kerajaan untuk meningkatkan pemindahan kemudahan, jalan
raya, alat teknologi moden ke luar bandar.Untuk mendapatkan data mentah yang
tulen, pihak pemegang taruh perlu mempunyai kumpulan berkepakaran yang memiliki
kemahiran cukup untuk mengerjakannya.
Justeru, disarankan agar anak-anak muda terpelajar (memiliki ijazah, sarjana muda, sarjana, Phd) yang memilih bermukim di luar bandar dikumpulkan dan membentuk kumpulan pemikir – pelaksana (think-do-tank) yang memberikan khidmat kepada agensi berkepentingan. Ini akan memastikan sifar ketirisan bakat dapat dicipta.Kumpulan pakar ini dapat mengambil tanggungjawab moral untuk memberikan khidmat mereka terhadap setiap daerah yang mereka duduki.
PEMIKIR
DAERAH
Dengan
data konkrit, kerajaan dapat memastikan projek pembangunan yang dijalankan
dapat dielakkan daripada menjadi projek terbengkalai. Telah terdapat
usaha-usaha untuk mewujudkan kumpulan pemikir daerah ini di kalangan gerakan
anak muda. Antaranya melalui platform Wacana Intelektual Daerah yang ditubuhkan
pada tahun 2016.Setidaknya, memiliki kumpulan anak muda yang telah menerima
latihan di universiti, mereka hanya perlukan sedikit induksi dan bimbingan khas
untuk boleh berperanan sebagai agent of change dalam erti kata yang sebenarnya.
Sedikit saranan ini diharapkan dapat memberikan input kepada pihak kerajaan
khususnya Pejabat Perdana Menteri untuk menyambut saranan yang diberikan. Anak
muda jika dimanfaatkan gelojak semangat mereka akan menjadi propagandis positif
yang diharapkan sederap dalam langkah merayakan kemakmuran bersama.
KESIMPULAN
Secara kesimpulan , kita dapat lihat perkaitan antara kepelbagaian idea
bangsa idaman dan perbahasan. Negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang
diimpikan oleh sesebuah Negara melalui konsep satu bangsa satu identiti. Secara
ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sesebuah Negara yang berdaulat dengan
rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentment perkauman,
keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya.
Masyarakat harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan
semata mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Jangan kita bersikap evasive
mahupun “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing “kerana
perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi
masing masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.Selain itu juga kita
sebagai masyarakat hendaklah memupuk nilai nilai murni dalam kehidupan seharian
kita. Kita perlulah sentiasa menghormati antara satu sama lain. Sikap toleransi
perlu dimiliki setiap masyarakat agar keharmonian dan ‘ bangsa idaman’ dapat
diteruskan dan membawa banyak impak positif ke Negara dan bangsa. Sikap ini
juga perlu dipupuk dan diperkenalkan kepada remaja dan masyarakat pada masa kini
supaya ‘bangsa idaman’ dapat dikekalkan. Hal ini senang dicapai apabila semua
masyarakat berganding bahu menyemai nilai nilai murni.
RUJUKAN