Monday, November 22, 2021

KUMPULAN 1: KEPELBAGAIAN IDEA "BANGSA IDAMAN" DAN PERBAHASAN

 

MPU21032: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


TAJUK : KEPELBAGAIAN IDEA "BANGSA IDAMAN" DAN PERBAHASAN


PENSYARAH : PUAN NINIE AMIRAH BINTI DRAHIM

KUMPULAN 1

NAMA

NO. PENDAFTARAN

KELAS

NIHAYATUL ATHIRAH BINTI ABDULLAH HASSAN

20DKM19F1066

DKM5C

DAYANG FARHANAH BINTI ABANG KAMARUDDIN

20DKM19F1074

HARIS AFNAN BIN SUNADI

20DKM19F1078

MCDOUGALLAS IMANUEL ANAK PETRUS

20DKM19F1082

ELFIRA SEDA ANAK KUNSIL

20DKM19F1084

 

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻


ISI KANDUNGAN

  1.  Pengenalan
  2. Konsep Bangsa Idaman
  3. Kepelbagaian Idea Bangsa Idaman
  4. Cabaran Mewujudkan Bangsa Idaman
  5. Kupasan Mengenai Usaha Merintis Malaysia Baharu
  6. Bangsa Dalam Malaysia Baharu
  7. Merealisasikan Bangsa Malaysia
  8. Ekonomi Berasaskan Etnik
  9. Realisasi Bangsa Malaysia Rai Perbezaan Kaum
  10. Negara Bangsa Dalam Kemakmuran Bersama : Peranan Muda
  11. Berlayar Dan Berlabuh Dalam WKB 2030
  12. Konsep Bahasa Cita
  13. Serangan “Tentera Bawang”
  14. Pengucupan Luar Bandar
  15. Pemikir Daerah
  16. Kesimpulan





PENGENALAN

          Negara bangsa dianggap sebagai negara idaman bangsa melalui konsep bangsa dan identiti. Dari segi saintifiknya, konsep ini membawa kepada sebuah negara yang berdaulat di mana rakyatnya hidup bersatu padu, tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti sentimen kaum, etnik, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dianggap boleh menyebabkan perpecahan. Identiti, negara dan bangsa adalah tiga perkara utama yang menjadi perbalahan dalam isu etnik. Dari segi sejarah, masyarakat Malaysia belum lagi terbentuk sejak tahun 1957 lagi.

          Latar belakang dan prospek projek negara bangsa Malaysia memainkan peranan penting dalam memberi makna kepada apa yang dipanggil bangsa Malaysia. Disokong oleh empat rukun agama, bahasa, budaya dan raja, Malaysia telah memberikan imej utama identiti nasional. Keempat-empat tiang ini menjadi unsur utama kepada kebudayaan Melayu. Bangsa merujuk pada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan (Mahayuddin, 1998). Seterusnya, bangsa ialah sekumpulan manusia yang terikat dalam satu unit yang komprehensif berdasarkan kesedaran kolektif yang dikongsi oleh kaum, budaya dan sejarah. Negara impian sering dikaitkan dengan darah.

          Walaupun terdapat pelbagai pendapat, emosi yang membentuk sesebuah negara ialah perasaan bersatu. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa bangsa adalah sekumpulan besar manusia yang mengembangkan keterikatan melalui rasa kekitaan bersama terhadap sesuatu bangsa.




KONSEP BANGSA IDAMAN

1.    Bangsa Idaman sebelum Merdeka

          Bangsa Idaman, sebelum Merdeka adalah pergerakan nasionalisme dimana mereka merancang untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idamanyang diinginkan mereka sendiri, yang bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan sesuai dengan agenda ekonomi, politik, sosial dan budaya masing-masing. Contohnya, di kalangan kelompok strategik nasionalis Melayu terdapat tiga jalur bangsa idaman pertama adalah Melayu Raya anjuran kelompok strategik kiri Melayu yang kedua adalah negara Islam anjuran kelompok strategik berorientasi Islam dan yang terakhir adalah masyarakat majmuk pimpinan Melayu (Malay-led plural society nation). Kelompok strategi tiga rangkai etnik diterima kolonial. Pemerintah kolonial memilih, menyokong dan mempromosi jalur ketiga melalui CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949).

  




 

2.    Bangsa Idaman selepas Merdeka

          Selepas merdeka keinginan kolektif untuk mempunyai suatu “identiti nasional sepunya” atau sebuah bangsa. Idea dan pendapat mengenai identity nasional sepunya ini adalah sebuah pernyataan mengenai bangsa idaman atau lebih dikenali sebagai wajah baru Malaysia yang mereka inginkan. Antara Bangsa Idaman utama pasca iaitu Merdeka 1957 dimana ia adalah konsep “Malaysian Malaysia” anjuran kelompok strategik daripada singapura awal tahun 1960 dan daripada Malaysia akhir tahin 1990. Bangsa Idaman pegangan pemerintah, masyarakat majmuk pimpinan Melayu (Malay-led plural society nation)


 

 

 

3.    Bangsa Idaman selepas Dasar Ekonomi Baru

          Bangsa Idaman selepas DEB adalah Bangsa Malaysia, Wawasan 2020 diaman bangsa Idaman anjuran Kerajaan (Mahathir) yang dipromosi secara besar-besaran, seterusnya Gagasan 1 Malaysia Bangsa Idaman anjuran Kerajaan dan dipromosi secara besar-besaran di seluruh negara. Terdapat juga di Sabah iaitu Sabagh untuk Sabahan bangsa idaman anjuran kelompok strategi internet hub di luar negeri. Terakhir adalah di Sarawak iaitu Sarawak untuk Sarawakian bangsa idaman anjuran beberapa kelompok strategik pribumi.



 

 

4.    Bangsa Idaman Era Malaysia Baru

          Bangsa idaman Era Malaysia baru bermula pada Mei 2018 sehingga Ogos 2019 iaitu selama 15 bulan.Berlaku persaingan hebat diantara beberapa bangsa idaman dimana Tun Dr Mahathir ingin  mengekalkan bangsa idaman “masyarakat majmuk pimpinan melayu” sebagai payung untuk Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia. Manakala PPBM, UMNO dan PAS masih ingin mengekalkan bangsa idaman ini walaupun terdapat antara ahli dua kelompok parti berbeza pendapat. Disini juga terdapat kehadiran DAP sebagai komponen strategik utama dakan kerajaan terdapat unsur-unsur konsep Bangsa Idaman Malaysian Malaysia direalisasikan.



 


 


KEPELBAGAIAN IDEA BANGSA IDAMAN

Pada tahun 1996, melalui konsep nation of intent, Shamsul AB berpendirian bahawa sebuah negara bangsa adalah project work in progress dan sentiasa berlaku contestation bangsa dalam negara itu hingga yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia. Di Malaysia, pembentukan bangsa terjadi dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas merdeka. Antaranya adalah konsep Melayu Raya yang digagaskan oleh pergerakan Kiri Melayu, konsep Negara Islam yang diperkenalkan oleh kelompok Islam dan konsep masyarakat majmuk yang dipimpin oleh orang Melayu. Namun demikian, hanya konsep terakhir iaitu “Malay-led plural society” diterima oleh pihak British pada ketika itu.Hal ini dinatijahkan dengan terbentuknya CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949) yang diterima pakai sehingga kemerdekaan.

Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, wujud keinginan untuk melahirkan satu konsep kenegaraan yang kolektif atau identity nasional sepunya. Impian ini antaranya telah melahirkan konsep Malaysian Malaysia yang popular Ketika tahun 1960 yang diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew Ketika Singapura berada dalam persekutuan Tanah Melayu dan akhir 1990 pada era pemerintahan Mahathir Mohamed. Pembangunan bangsa selepas merdeka turut melahirkan konsep-konsep lain seperti Wawasan 2020 dan Gagasan 1 Malaysia.

Selain daripada itu, di borneo wujud konsep seperti Sabah for Sabahan dan Sarawak for Sarawakian. Walau bagaimanapun menurut Samsul, konsep-konsep yang wujud di Borneo ini dicetuskan oleh kelompok strategi internet dengan bantuan social media dan tidaklah popular dalam konteks yang lebih umum. Shamsul menegaskan bahawa, pembangunan bangsa pasca PRU14 tidak banyak mengalami perubahan. Kepimpinan Mahathir mengekalkan konsep “Malay-led plural society”. Dalam konteks hari ini, konsep bangsa idaman inilah yang diangkat oleh parti politik seperti Bersatu, UMNO dan Pas.

Menurut beliau dalam aspek hubungan kemasyarakatan di dalam konteks Malaysia Baharu ini,penekanan banyak diberikan kepada hubungan antara kaum atau “inter-ethnic” tetapi meminggirkan peri penting hubungan dalam kaum atau “intra-ethnic”. Kepelbagaian dan perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini adalah sesuatu yang perlu diraikan. Namun menurut Shamsul, kita sering melihat perbezaan-perbezaan ini dalam keadaan yang negative, bukannya positif. Perbezaan menjadi sesuatu yang perlu dilawan bukannya disyukuri.


CABARAN MEWUJUDKAN BANGSA IDAMAN

Pelbagai cabaran dan kekangan yang dihadapi dalam membentuk sebuah bangsa idaman seperti pluralisme, liberalisme dan kepelbagaian budaya. Pertama iaitu pluralisme iaitu sifat kepelbagaian yang terbentuk daripada proses kepelbagaian penduduk dan biasanya terbina daripada hasil perjajahan pada zaman dahulu. Dasar ini memenuhi konsep kolonialisme bagi menghalang penyatuan masyarakat pada masa itu. Hal ini menyebabkan wujudnya masalah dalaman yang rumit kepada negara yang dijajah apabila dimerdekakan. Ini secara keseluruhan menjadi ancaman kepada pembinaan bangsa idaman.

Seterunya adalah liberalisme iaitu bermaksud kesederhanaan atau keterbukaan. Dimana keterbukaan tanpa had dan memanipulasi keadaan sedemikian akan menjerumuskan kepada penipuan dan menimbulkan pekara-pekara yang akan menggugat kemakmuran dan menyebabkan perkembangan negara akan terjejas. Oleh hal itu, masyarakat perlu mempersiapkan mental dan fizikal mereka daripada keadaan yang diluar jangkaan supaya sikap liberalisme dapat dielakkan serta mengukuhkan semangat patriotisme diri mereka demi kepentingan bangsa dan negara.

Selain daripada itu, kepelbagaian budaya juga menjadi cabaran untuk mewujudkan bangsa idaman. Kepelbagaian budaya adalah pembentukan masyarakat majmuk didalam proses perkembangan sesebuah negara yang mewujudkan dilema baru kepada penduduk di negara ini.  Menurut Ibn Khladun dimana tentang teori jiwa hamba yang dimiliki oleh bangsa yang pernah dijajah yang akan menganggap kuasa bekas penjajah mereka sebagai suatu bangsa yang maju dan agung dan patut ditiru oleh suatu bangsa yang maju dan agung.Oleh itu,nilai budaya Malaysia hendaklah menjadi asas kepada kemajuan bangsa dan negara. Dalam sebuah bangsa rakyat bebas berkongsi lambing, identiti, kebudayaan, nilai dan semangat yang menjadi asas dan matlamat sesebuah pembinaan bangsa idaman.

Kesimpulannya, setiap masyarakat hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan bangsa idaman yang menepati matlamat dan menjadikan perpaduan negara yang stabil. Masyarakat hendaklah memupukkan nilai-nilai yang baik dalam diri mereka begitu juga golongan pemimpin negara hendaklah menunjukkan contoh yang baik dan mejalankan tugas dengan amanah dan taat agar perpaduan dan kemajuan negara dapat dicapai dengan mudah.

 

KUPASAN MENGENAI USAHA MERINTIS MALAYSIA BAHARU

Konsep “Bangsa Idaman” bukan suatu konsep baharu. Sejak tahun 1966 lagi, Robert Rotberg, seorang sarjana Amerika memperkenalkan konsep nations-of-intent ketika mengkaji nasionalisme orang Afrika. Malah di Malaysia, konsep yang sama juga digunakan oleh Rustam A. Sani pada tahun 1957 dalam mengkaji asal muasal gerakan Kiri Melayu. Shamsul sendiri menggunakan konsep bangsa idaman buat kedua kalinya di Malaysia pada tahun pada tahun 1996. Namun pada hemat beliau, Malaysia bukan sahaja masih mencari-cari ‘bangsa idaman’ yang ideal, malah perpaduan yang jelas masih menjadi suatu impian.

Pandangan terhadap konsep negara yang bercirikan wilayah dan bangsa adalah terhad. Dalam satu-satu wilayah, sempadan atau boundary tertentu, terdapat pelbagai perbezaan identiti, ciri-ciri budaya, dan juga citarasa. Menurut Shamsul, identiti berkumpulan atau ‘collective identity’ adalah bersesuaian dengan suasana kemajmukan masyarakat Malaysia. Selepas kejatuhan penjajah, wujud tiga keadaan di Asia Tenggara. Pertama, konsep satu negara bangsa dalam satu entiti seperti di Brunei. Kedua, negara tanpa bangsa seperti BangsaMoro. Ketiga, adanya entiti bangsa dan entiti negara seperti di Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Di Malaysia, pembentukan bangsa terjadi dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas merdeka. Antaranya adalah konsep Melayu Raya yang digagaskan oleh pergerakan Kiri Melayu, konsep Negara Islam yang diperkenalkan oleh kelompok Islam, dan konsep masyarakat majmuk yang dipimpin oleh orang Melayu. Namun demikian, hanya konsep terakhir iaitu “Malay-led plural society” diterima oleh pihak British pada ketika itu. Hal ini dinatijahkan dengan terbentuknya CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949) yang diterima pakai sehingga kemerdekaan.

Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, wujud keinginan untuk melahirkan satu konsep kenegaraan yang kolektif atauidentiti nasional sepunya. Impian ini antaranya telah melahirkan konsep Malaysian Malaysia yang popular ketika tahun 1960 (diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew ketika Singapura berada dalam persekutuan Tanah Melayu) dan akhir 1990 (pada era pemerintahan Mahathir Mohamad).

Selain daripada itu, pembangunan bangsa selepas merdeka turut melahirkan konsep-konsep lain seperti Wawasan 2020 dan Gagasan 1 Malaysia. Malah di Borneo, wujud konsep seperti Sabah for Sabahan, dan Sarawak for Sarawakian. Walau bagaimanapun menurut Shamsul, konsep-konsep yang wujud di Borneo ini dicetuskan oleh kelompok strategi internet dengan bantuan sosial media dan tidaklah popular dalam konteks yang lebih umum.


BANGSA DALAM MALAYSIA BAHARU

Shamsul menegaskan bahawa, pembangunan bangsa pasca PRU14 tidak banyak mengalami perubahan. Kepimpinan Mahathir mengekalkan konsep “Malay-led plural society”. Dalam konteks hari ini, konsep bangsa idaman inilah yang diangkat oleh parti-parti politik seperti Bersatu, UMNO, dan PAS.

Menurut beliau, dalam aspek hubungan kemasyarakatan di dalam konteks Malaysia Baharu ini, penekanan banyak diberikan kepada hubungan antara kaum atau “inter-ethnic” tetapi meminggirkan peri penting hubungan dalam kaum atau “intra-ethnic”. Kepelbagaian dan perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini adalah sesuatu yang perlu diraikan. Namun, menurut Shamsul, kita sering melihat perbezaan-perbezaan ini dalam dikotomi yang negatif, bukannya positif. Perbezaan menjadi sesuatu yang perlu dilawan, bukannya disyukuri.

Bagi Zairil Khir Johari, politik era Malaysia Baharu masih lagi dibelenggu oleh konflik politik identiti yang dimanifestasikan antaranya dalam isu ICERD, hudud, negara Islam dan yang terbaharu, isu tulisan jawi. Tambahan lagi, isu-isu ini digerakkan dengan emosi dan jauh daripada logik.

Dalam artikel yang bertajuk “The Great Malaysian Dichotomy”, beliau memetik bahawa terdapat dua naratif besar yang dipegang oleh masyarakat Malaysia secara umum. Kelompok pertama ialah masyarakat yang mempercayai pembangunan Malaysia dibina atas teras kebudayaan Melayu yang dominan. Dalam kepercayaan ini, identiti etnik lain tidak dilihat begitu penting dan mereka harus mengakui akan ketuanan Melayu dalam masyarakat Malaysia. Mereka ini juga mempercayai perlembagaan Malaysia tetapi berpaksikan kedudukan Melayu dan Islam yang dominan.

Kelompok kedua pula berpegang kepada idea Malaysian Malaysia. Mereka beranggapan bahawa kemerdekaan pada tahun 1957 merupakan satu ‘reset button’ dimana semua identiti adalah setara dan menafikan kebudayaan dan sejarah terdahulu. Seperti juga kelompok yang pertama, mereka juga mempercayai perlembagaan Malaysia yang sama namun beliau mentafsirkan bahawa perlembagaan itu bersifat sekular dan tidak memihak kepada mana-mana kaum atau etnik.

Menurut Zairil, kita masih lagi terperangkap dalam kerangka kolonial dalam membentuk sebuah masyarakat Malaysia. Hal ini hanya berlaku di Malaysia. Sub-etnik Jawa di Malaysia misalnya bangga mengklasifikasikan diri mereka sebagai Melayu, tetapi jika dilihat rantau Nusantara orang Jawa tidak mengidentitikan diri mereka sebagai Melayu.

Persoalan yang dibangkitkannya adalah tentang cara yang boleh dimanfaatkan untuk membentuk identiti bersama. Menurutnya, jalan penyelesaian tidak hanya dalam bentuk praktis sahaja malah boleh menjadi normatif. Gagasan Bangsa Idaman seharusnya menjadi titik pertemuan antara golongan tradisional yang jumud serta golongan sekular yang menganggap detik kemerdekaan sebagai ‘reset button’ dimana semua etnik mempunyai hak yang sama. Walau bagaimanapun, hal ini mestilah bernuansakan sejarah yang berlaku termasuklah reformasi yang terjadi dua puluh tahun dahulu dan juga Malaysia Baharu yang baru sahaja dikecapi. 


MEREALISASIKAN BANGSA MALAYSIA

         Pembinaan bangsa adalah usaha bersama seluruh rakyat bagi meletakkan bangsa dan negaranya setaraf dengan bangsa dan negara lain.

      Kunci dalam mengurus pembentukan negara bangsa adalah penentuan kedudukan indigeniti atau anak watan sebagai alat mengikat ahli penduduk di negara itu yang mesti diterima dan diperakui. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum. Usaha untuk menyatupadukan kaum melalui proses pembinaan bangsa perlu dilaksanakan. Proses itu bertujuan menyedarkan warganya mengenai harga diri bangsa yang merdeka dan berdaulat serta mampu membangunkan sebuah negara yang maju.

         Oleh itu, pembinaan bangsa adalah usaha bersama seluruh rakyat bagi meletakkan bangsa dan negaranya setaraf dengan bangsa dan negara lain. Namun, Malaysia tidak perlu meniru negara lain, sebaliknya menjadi sebuah negara membangun dalam acuannya sendiri.

        Malaysia tidak boleh dibangunkan hanya dalam aspek ekonomi semata-mata. Ia mesti dan seharusnya menjadi sebuah negara yang membangun sepenuhnya sepanjang semua dimensi dari sudut ekonomi, politik, kerohanian, psikologi dan budaya.

        Kita mesti membangun sepenuhnya dari sudut perpaduan dan solidariti nasional dan kesinambungan sosial, dari aspek ekonomi kita, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem dan kerajaan, kualiti hidup, nilai sosial dan kerohanian, juga pemupukan rasa bangga, jati diri, patriotisme dan yakin akan negara tercinta ini.

       Di singkap tabir sejarah warisan pengalaman silam, sejarah pra-kolonial menunjukkan Malaysia adalah sebahagian gugusan kepulauan alam Melayu terdiri dari beberapa negeri dari timur di Filipina ke selatan di Pulau Jawa, di barat Pulau Sumatera dan utara Pattani.Setiap negeri ini diperintah oleh Raja. Kegiatan ekonomi utama adalah bertani, nelayan dan berdagang dengan peniaga Arab, India dan Cina.

       Hasil pembangunan dan perdagangan setempat ini menjadikan, ada dalam kalangan negeri ini, berkembang hingga menjadi empayar seperti Majapahit, Melaka dan Pattani. Kedatangan pihak penjajah dari Barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris merancakkan lagi eksploitasi sumber alam dan produk setempat seperti rempah ratus, timah dan pelbagai lagi.

      Pembahagian kepulauan kawasan Alam Melayu mengikut kepentingan penjajah mempercepatkan lagi pembangunan di Malaysia, terutama bijih timah, penanaman getah secara ladang dan pembinaan prasarana seperti kereta api dan jalan raya.

    Penggunaan tenaga kerja buruh asing dari China dibawa masuk tanpa diurus, manakala dari India diurus oleh penjajah Inggeris. Ini bukan sahaja melahirkan masyarakat majmuk di mana pekerjaan dan wilayah terbahagi mengikut etnik, tetapi juga jurang sosioekonomi yang meluas di antara mereka.

 

EKONOMI BERASASKAN ETNIK



Sistem ekonomi laissez faire yang membentuk struktur etnik dan pemilikan ekuiti korporat yang membezakan kumpulan etnik mengikut kegiatan ekonomi dan wilayah ini terus memperkukuhkan lagi pemilikan ekonomi oleh pemilik asing hingga ke dekad 1970-an walaupun negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

        Namun, konflik etnik 13 Mei 1969 meyakinkan pembangunan tanpa mengurus ketidaksamarataan, kemunduran, kemiskinan, dan kepeminggiran mengikut etnik dan wilayah akan menggugat kestabilan politik dan pembangunan negara. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dari 1970 hingga 1990 mengubah struktur masyarakat mengikut etnik dan ekonomi di atas pada alaf baharu ini, di mana kelas menengah terdiri daripada pelbagai etnik terbina, jurang sosioekonomi dikurangkan.

    Malaysia terus alami proses pembangunan mapan, hingga transformasi masyarakat ke arah taraf hidup tinggi dan moden tersebar ke setiap pelusuk negara. Pada alaf baharu ini, pola perhubungan etnik di Malaysia dalam kalangan etnik Melayu, Kadazan, Dusun, Iban, Bidayuh, Melanau, Murut, Cina, India, Siam, Portugis dan lain-lain sudah berubah dan faktor etnik tidak semestinya menjadi pemisah di antara individu pelbagai bahasa, budaya, agama dan etnik.

     Simbol identiti Melayu dalam Perlembagaan dicerminkan dalam peruntukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Perkara 152), hak-hak istimewa Melayu (Perkara 153), Raja sebagai Ketua Negara (Perkara 32) dan Islam sebagai agama rasmi. (perkara 3). Kenyataannya, inilah tiga rukun keMelayuan yang membentuk landasan nasionalisme (bahasa, agama Islam dan yang dipersetujui sebelum kemerdekaan Raja).

    Agak keterlaluan untuk membayangkan ketiga-tiga peruntukan penting itu terpaksa disorot semula, apatah lagi dikeluarkan dari Perlembagaan Persekutuan pada masa hadapan. Peruntukan ini menandakan kontrak sosial yang tidak bertulis tetapi begitu murni, sebagai pertukaran dengan hak kerakyatan untuk bukan Melayu sebelum kemerdekaan tercapai. Sesungguhnya kita tidak pastisama ada kecenderungan ini boleh memperteguhkan nasionalisme Melayu dan kepelbagaian budaya dan dengan itu menjadi asas pembinaan bangsa Malaysia yang kita sama-sama idamkan.


 

REALISASI BANGSA MALAYSIA RAI PERBEZAAN KAUM




TARIKH 31 Ogos 1957 sentiasa terpahat dalam ingatan rakyat Malaysia. Tanah Melayu dibebaskan daripada cengkaman kolonial British selepas dijajah hampir 500 tahun dengan beberapa siri kedatangan penjajah bermula Portugis, Belanda, British dan kependudukan Jepun sebelum kembali kepada British.

Justeru, proses kemerdekaan Tanah Melayu perlu dikenang. Semangat penentangan penjajahan dibangkitkan pejuang seperti Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Dol Said dan Mat Salleh wajar diamati.

Warisan ini berlangsung dengan perjuangan di Tanah Melayu apabila wujudnya UMNO bersama-sama kumpulan nasionalisme lain untuk menuntut kemerdekaan daripada British selepas kekalahan Jepun. UMNO dilihat begitu dekat dengan orang Melayu khususnya sewaktu kewujudan Malayan Union.

Mungkin pendekatan UMNO ketika itu agak lunak dan selari dengan keinginan orang Melayu. Justeru, UMNO berjaya memimpin rakyat mencapai kemerdekaan melalui rundingan dengan kolonial British.

Lima tahun selepas merdeka, cadangan penubuhan Malaysia diusulkan dengan kemasukan Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei bergabung dengan Tanah Melayu. Namun, atas beberapa faktor Brunei tidak bersetuju.

Tarikh 16 September 1963, Persekutuan Tanah Melayu dibentuk secara rasmi setelah melalui fasa, konfrontasi Indonesia dan Filipina yang menuntut kepulauan Borneo atas faktor geopolitik dan pensejarahan.

Lahirlah Malaysia sebagai negara merdeka dan berdaulat di mata dunia. Pascakemerdekaan dan pembentukan Malaysia turut menitipkan beberapa peristiwa penting negara seperti ancaman gerakan komunisme, rusuhan kaum 13 Mei 1969 dan pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang signifikan dengan pembangunan hari ini.

Apa yang ada kini ialah cetusan gagasan dan visi masa depan cita-cita kebangsaan diperkenalkan pemimpin terdahulu sebagai memenuhi aspirasi dituntut rakyat.

Cita-cita kebangsaan ini diberikan penekanan dengan beberapa perkara ditumpukan meliputi soal integrasi nasional membawa kepada pelaksanaan Rukun Negara dan memperkenalkan Wawasan 2020 sebagai usaha membawa Malaysia melangkah ke hadapan mendepani cabaran gelombang mega yang semakin melingkari masyarakat global.

Ini termasuk pembentukan negara bangsa, melahirkan masyarakat Malaysia bebas yang kukuh dari segi moral, bersifat demokratik, progresif, adil, matang dan makmur serta dinamis. Elemen ini diwujudkan sebagai usaha melahirkan 'Bangsa Malaysia' yang menjadi nadi kelangsungan masa depan negara.

Tahun ini, genap 62 tahun kita mencapai kemerdekaan. Walaupun Wawasan 2020 sebenarnya bukan sebuah dasar rasmi negara, namun ia dilihat sebagai pendekatan komprehensif dan menyeluruh merangkumi soal ekonomi, politik, psikologi dan sosial.

Sungguhpun cita-cita kebangsaan murni ini menekankan soal pendekatan komprehensif, ia masih tidak dapat mengelak berhadapan fenomena yang sentiasa wujud bagi negara bekas jajahan yakni fenomena 'watak tertawan.'

Sejak 1970-an, fenomena ini dikenal pasti Allahyarham Dr Syed Hussein al-Attas sebagai sesuatu yang ditinggalkan penjajah dalam usaha mengekalkan penguasaan epistemologi dalam negara bekas jajahan mereka. Fenomena ini masih berterusan wujud meskipun sudah lama kita merdeka.

Penerapan elemen mitos dalam mengekang kemaraan perkembangan wacana kearifan tempatan menjadi agenda utama kolonial British ketika dijajah masih lagi berbekas dalam masyarakat moden Malaysia.

Kita tidak menafikan sumbangan besar pemikir kolonial dalam menyumbang kepada pembangunan, namun dengan wujudnya kumpulan watak tertawan ini, aktiviti penafsiran sejarah bersifat tiada penilaian kritis menyukarkan proses merealisasikan cita-cita kebangsaan di Malaysia.

Kita tidak boleh menyalahkan legasi kolonial semata-mata, bahkan sifat rakyat yang masih mempunyai sisi kekaguman pada warisan kolonial antara punca merencatkan proses ini. Mungkin kerana kita masih ingin bergantung kepada korpus kolonial khususnya dari Barat mencetuskan fenomena ini.

Walaupun Wawasan 2020 diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat seakan tidak tercapai, cita-cita ini murni yang kemudian diteruskan dengan pelaksanaan program 1Malaysia sebagai slogan keharmonian kaum oleh Datuk Seri Najib Razak.

Begitu juga Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) yang menumpukan soal pembangunan keterangkuman antara semua kaum diperkenalkan ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Kini turut menjadi agenda utama pemerintahan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 yang semakin meningkat populariti selepas kemampuan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengurus dan mengawal gelombang COVID-19.

Dalam memenuhi cita-cita kebangsaan, perkara paling asasi harus kita hadapi ialah cabaran melahirkan 'Bangsa Malaysia' bersatu padu dan mempunyai keperibadian tersendiri.Ini cabaran utama yang masih lagi gagal direalisasikan. Isu perkauman masih hangat dibicarakan dan dijadikan tumpuan utama di ruang awam, sekali gus menyukarkan untuk memastikan kelangsungan kaum di negara ini.

Bagaimanapun, soal perkauman ini masih dalam ruang 'ketegangan stabil' menjadikan usaha merealisasikan cita-cita kebangsaan yang digubal lama masih mampu dijayakan.Walaupun Malaysia melalui beberapa fasa pertukaran rejim, ia masih kekal sebagai cita-cita kebangsaan bagi masyarakat Malaysia mendepani cabaran pada peringkat global dan tempatan dan asas didirikan pembentukan 'Nasionalisme Malaysia' yang hasilnya melahirkan bangsa yang paksinya atas inti masyarakat majmuk.

Sekiranya kita berjaya merencanakan faham 'bangsa idaman' ini, nescaya ia akan menjadi kayu ukur komprehensif bagi negara lain yang latar masyarakatnya bersifat majmuk juga.Seruan pemerintah perlu disambut dengan baik seandainya membabitkan kelangsungan negara kita pada masa depan. Ditambah keadaan masyarakat yang berhadapan perkembangan pandemik global yang merencatkan banyak aktiviti khususnya ekonomi.

Dalam melawan pandemik ini, jika kita memahami visi masa depan cita-cita kebangsaan dibentuk sebelum ini, kita mampu menukarkan musibah menjadi muhibah. Untungnya, kita mampu melahirkan 'Bangsa Malaysia' sebagai bangsa idaman.

 Kata tokoh sosiologi politik Malaysia, Allahyarham Dr Rustam Sani yang begitu mengidamkan kejayaan merealisasikan konsep itu: "Bangsa Malaysia bukanlah sesuatu yang cuba menghilangkan identiti etnik, bahkan ia adalah satu cara meraikan perbezaan dan menghargai persamaan kaum di Malaysia.

 

NEGARA BANGSA DALAM KEMAKMURAN BERSAMA : PERANAN PEMUDA



 Kesepaduan nasional termasuk dalam perkara kedaulatan dan keselamatan negara. Warganegara yang hidup aman, tenteram dalam sebuah negara berdaulat adalah aset kukuh yang boleh membawa negara terbang jauh.Demi pentingnya perkara ini, sistem pendidikan negara-negara moden kebanyakannya diarahkan untuk melahirkan produk warganegara yang baik.Warga diindoktrinasikan untuk berfikir dan bertindak menurut fahaman sebuah negara.

Di Malaysia, Rukun Negara telah dijadikan ideologi rentas biologi dan nilai sebagai titik persamaan, menjadi tempat tegak pelbagai warga menukikkan pandangan. Hasratnya satu, perpaduan nasional berhasil dijelmakan. Tidak hanya institusi pendidikan, malahan dasar-dasar utama negara daripada Rangka Rancangan Jangka Panjang I, II dan yang terbaru Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 justeru memasukkan hasrat ini.

Peristiwa hitam 13 Mei 1969 menjadi tamparan berguna kepada negara. Parlimen digantung, Mageran mengambil alih pentadbiran negara. Siasatan mendapati kecurigaan kaum sehingga membawa sengketa dan pertumpahan darah bertolak daripada ketidakseimbangan ekonomi.

Justeru, setiap dasar negara digubal untuk memastikan pengagihan ekonomi dapat diserakkan secara adil dan objektif.Ia bagi memastikan bumiputera sebagai kaum dominan di tanah air secara demografik tetapi paling minoriti daripada sudut ekonomi dapat dibela sementara memastikan pengagihan saksama terhadap kaum-kaum lain tidak dikompromi.Pendekatannya – menghanguskan prejudis, curiga dan rasa tidak sama rata.Pengenalan ekonomi menurut kaum yang diwarisi daripada penjajah mendesak dihapuskan.Masyarakat maju memacu ekonomi tanpa pengenalan warna dan identiti ras. Tumpuan mengangkat harakat kaum tertinggal ke tempat yang layak menjadi perhatian.

Awal tahun 1990- an bermula satu frasa baharu diarusperdanakan bagi mewarnai lagi debat perpaduan nasional yang berat temanya ini - negara bangsa. Gagasan ini menjadi perbahasan meluas apabila perdana menteri ketika itu pada tahun 1991 mengemukakan isu pembinaan negara bangsa dalam sebuah program nasional. Khalayak akademik mengambil bahagian memberikan ajuan mereka terhadap gagasan ini.

 

BERLAYAR DAN BERLABUH DALAM WKB 2030

Perdebatan terbuka belum memberikan rumusan cukup kepada pemegang taruh kerajaan yang bertanggungjawab untuk memuktamadkan kesimpulan.Sebaliknya, terma negara bangsa terus belayar dalam ruang wacana universiti, NGO, budayawan, intelektual rakyat sehingga berlabuh juga dalam dokumen utama negara - WKB 2030 Komitmen kerajaan untuk merealisasikan tema negara bangsa ini menampakkan isyarat keseriusan dalam gagasan ini.

"Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah iltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan. “Iltizam ini akan diteruskan ke arah mengukuhkan kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran negara serta memastikan rakyat bersatu padu tanpa prasangka dengan meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa." Secara teknikal elemen pembinaan negara bangsa untuk pertama kalinya tersurat dalam dokumen semasa utama negara. Tidak lain dapat ditafsirkan bahawa keutamaannya telah mendapat layanan hak waktu perdana (prime time) ketika ini.Sebelumnya, dasar-dasar pembangunan nasional seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga kepada Transformasi Nasional 2050 memang teguh dengan hasrat perpaduan nasional ini. Cuma, penzahirannya tertuang secara ekspilisit.

Namun, untuk pertama kalinya frasa ‘negara bangsa’ secara khusus disuratkan dalam dokumen mega negara dalam WKB 2030.Ia penting kerana banyak tindakan akomodatif akan mengisi hampir keseluruhan tindakan-tindakan kerajaan sepanjang tahun pelaksanaan. Soal negara bangsa bukanlah baru. Ia produk modenisme yang sentiasa terus berkembang terus menerus menurut faham pembangunan tajaan Barat.Penjenamaan negara bangsa sebagai produk nasionalisme telah lama muncul dan menyusup masuk dalam perbendaharaan kita.


KONSEP BAHASA CITA 

Karangan Prof Emeritus Dr Abdul Rahman Embong menemui perbincangan tuntas konsep bangsa cita (nation of intent) berdasarkan pengalaman sosiologikal Malaysia yang menjadi idaman para negarawan. Gagasan “Bangsa Malaysia” iaitu anggota semua kaum harus mempunyai perasaan sebangsa, berkongsi wilayah, ekonomi, budaya dan nasib masa depan bersama menimbulkan polemik yang masih tidak berhujung. Apakah takrif ‘bangsa’ (race) itu tepat daripada sudut biologikal? Dalam Bahasa Melayu, bangsa merujuk kepada suatu kelompok yang berkongsi ciri fizikal, ras dan keturunan. Ia juga boleh merujuk sesuatu kaum. Apakah yang menjadi pentakrif kepada bangsa Malaysia yang dicitakan itu?Jika mengambil kira semangat perlembagaan dan kontrak sosial, bangsa Melayu adalah jawapannya. Bersediakah kaum-kaum lain melebur masuk menyertai pembinaan bangsa itu?

Justeru demikian rumitnya persoalan ini beberapa sarjana memajukan konsep nasion yang bermaksud suatu komuniti politik yang terdiri daripada bangsa-bangsa yang menghuni wilayah politik tertentu sebagai jawapan.Penulis bersetuju dengan konsep nasion ini untuk memandu perbincangan secara rasional terhadap isu negara bangsa dan perpaduan kaum di Malaysia yang sering disebut oleh Prof Ulung Dr Shamsul Amri Baharuddin sebagai stabil-tegang (stable-tension). Apa pun reaksinya, sehingga kini gagasan negara bangsa masih menjadi cita-cita idaman. Keunikan Malaysia terletak pada keragaman komposisi etnik yang membentuk pengalaman sosiopolitiknya.Walaupun tidak terbentuk sebagai bangsa yang satu, tetapi nasion ini tetap menjunjung tinggi semangat cintakan tanah air yang tinggi.

Indeks Keamanan Global 2019 memberi petunjuk tentang betapa mahalnya negara ini. Berada pada kedudukan ke-16 negara paling aman di dunia dan ketiga di Asia, Malaysia dengan penduduk berbilang bangsa yang mewakili blok kebudayaan besar meletakkan kedudukannya dalam kelas tersendiri. Sebagai sampel kes keadaan rukun damai masih dapat dijelmakan.

 

SERANGAN TENTERA BAWANG

Semangat kesetiaan kepada negara tidak dikompromi. Contohnya, “tentera bawang” Malaysia secara berjemaah melakukan serangan terang-terangan terhadap ahli politik daripada Taiwan yang memberikan kenyataan salah terhadap Malaysia berhubung pengurusan Covid-19. Mereka merasa tanggungjawab nasional sebagai warganegara untuk meluruskan salah faham dan persepsi serong orang luar walaupun sedarah secara biologi dengan mereka. Selagi tonggak-tonggak rukun negara dipegang, perpaduan nasion ini akan dapat terus dipertahankan.WKB2030 secara zahir menyebutkan pembinaan negara bangsa sebagai matlamat akhirnya (end product).

Di sini kita bentangkan beberapa peranan anak muda sebagai advokator bagi merealisasikan hasrat ini. Melalui pertubuhan belia, anak muda boleh menjadi penggerak teras strategik ketiga (modal insan), kelima (kesejahteraan sosial) dan ketujuh (modal sosial).Peranan persatuan belia sebagai mewakili kelompok penengah dalam strata sosial yang menghimpunkan kekuatan tenaga dan idea patut digembleng. Sebagai contoh di bawah Majlis Belia Malaysia terdapat 104 pertubuhan belia daerah yang aktif di seluruh Malaysia.Organisasi ini telah berakar puluhan tahun mencipta jasa.Tugas mereka boleh diluaskan lagi sebagai duta-duta kecil untuk menyampaikan hasrat WKB2030 ini kepada kelompok massa.Anggota persatuan belia boleh menjadi mediator dalam ehwal keharmonian antara agama, menjadi ‘mata-mata’ terhadap jenayah, meningkatkan keselamatan kejiranan dan beberapa indeks lain yang disenaraikan dalam teras strategik di atas.

Selain itu, tenaga muda belia di negara ini boleh menggantikan guna tenaga buruh asing yang berleluasa khususnya dalam sektor 3D. Perbincangan peserta siri pertama Pemacu Bootcamp anjuran Institut Masa tentang mengapa pekerjaan pengawal keselamatan tidak mendapat perhatian orang muda telah menarik perhatian. Keperluan mewujudkan laluan kerjaya, tawaran gaji yang kompetitif, penampilan kemas dan ‘cool’ dapat dipertimbangkan untuk menarik anak muda masuk dalam sektor kurang popular seperti ini.

 

 

PENGUCUPAN LUAR BANDAR

Pada akhirnya, pengurangan pergantungan terhadap buruh asing berimplikasi juga mengurangnya jenayah yang melibatkan warga asing yang didorong faktor tekanan emosi dan sosial. Penguncupan luar bandar dan pembesaran kawasan bandar menjadi metropolitan hanya akan mendatangkan masalah baru.Kesenjangan ekonomi juga tingkat pendedahan teknologi moden antara komuniti bandar besar dan luar bandar akan menjejaskan emosi dan yakin diri. Belia dapat berperanan sebagai penjambatan. Kecelikan terhadap teknologi digital, industri 4.0 akan membuka lebih ruang kepada komuniti luar bandar berinteraksi masuk ke dalam pasaran dan persaingan ekonomi bandar.Kemunculan ekonomi lejang dan permintaan transaksi atas talian tidak mensyaratkan topografi fizikal sebagai alasan.

Di luar bandar sekalipun para pekerja ekonomi lejang boleh membina karier dan memperoleh pendapatan lumayan.Ia akan meningkatkan cairan tunai, kuasa beli sekaligus meningkatkan ekonomi.Nantinya akan mendorong usaha keterangkuman wilayah dituntut secara lunak.Keinginan warga kota untuk pulang ke kampung memakmur ekonomi secara atas talian memberi isyarat tidak langsung  kepada kerajaan untuk meningkatkan pemindahan kemudahan, jalan raya, alat teknologi moden ke luar bandar.Untuk mendapatkan data mentah yang tulen, pihak pemegang taruh perlu mempunyai kumpulan berkepakaran yang memiliki kemahiran cukup untuk mengerjakannya.

Justeru, disarankan agar anak-anak muda terpelajar (memiliki ijazah, sarjana muda, sarjana, Phd) yang memilih bermukim di luar bandar dikumpulkan dan membentuk kumpulan pemikir – pelaksana (think-do-tank) yang memberikan khidmat kepada agensi berkepentingan. Ini akan memastikan sifar ketirisan bakat dapat dicipta.Kumpulan pakar ini dapat mengambil tanggungjawab moral untuk memberikan khidmat mereka terhadap setiap daerah yang mereka duduki.

 

PEMIKIR DAERAH

Dengan data konkrit, kerajaan dapat memastikan projek pembangunan yang dijalankan dapat dielakkan daripada menjadi projek terbengkalai. Telah terdapat usaha-usaha untuk mewujudkan kumpulan pemikir daerah ini di kalangan gerakan anak muda. Antaranya melalui platform Wacana Intelektual Daerah yang ditubuhkan pada tahun 2016.Setidaknya, memiliki kumpulan anak muda yang telah menerima latihan di universiti, mereka hanya perlukan sedikit induksi dan bimbingan khas untuk boleh berperanan sebagai agent of change dalam erti kata yang sebenarnya. Sedikit saranan ini diharapkan dapat memberikan input kepada pihak kerajaan khususnya Pejabat Perdana Menteri untuk menyambut saranan yang diberikan. Anak muda jika dimanfaatkan gelojak semangat mereka akan menjadi propagandis positif yang diharapkan sederap dalam langkah merayakan kemakmuran bersama.


KESIMPULAN

Secara kesimpulan , kita dapat lihat perkaitan antara kepelbagaian idea bangsa idaman dan perbahasan. Negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah Negara melalui konsep satu bangsa satu identiti. Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sesebuah Negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentment perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya.

Masyarakat harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Jangan kita bersikap evasive mahupun “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing “kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.Selain itu juga kita sebagai masyarakat hendaklah memupuk nilai nilai murni dalam kehidupan seharian kita. Kita perlulah sentiasa menghormati antara satu sama lain. Sikap toleransi perlu dimiliki setiap masyarakat agar keharmonian dan ‘ bangsa idaman’ dapat diteruskan dan membawa banyak impak positif ke Negara dan bangsa. Sikap ini juga perlu dipupuk dan diperkenalkan kepada remaja dan masyarakat pada masa kini supaya ‘bangsa idaman’ dapat dikekalkan. Hal ini senang dicapai apabila semua masyarakat berganding bahu menyemai nilai nilai murni.

 

RUJUKAN

 

 



 

No comments:

Post a Comment

KUMPULAN 1: KEPELBAGAIAN IDEA "BANGSA IDAMAN" DAN PERBAHASAN

  MPU21032: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK : KEPELBAGAIAN IDEA "BANGSA IDAMAN" DAN PERBAHASAN PENSYARAH : PUAN NINIE AMIRAH...